Sunday, October 17, 2010

Kertas cadangan kajianan tindakan 2010 tugasan 2

Check out this SlideShare Presentation:

Kertas Cadangan Kajian Tindakan - Tugasan 2





 

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS
FAKULTI SAINS KOGNITIF DAN PEMBANGUNAN MANUSIA

KAJIAN TINDAKAN DALAM PENDIDIKAN
KPR 5063

KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN
MENINGKATKAN KEMAHIRAN MURID MENGUASAI HURUF JAWI DENGAN MENGGUNAKAN KAEDAH ‘SALAM’


DISEDIAKAN UNTUK:
PROF. MADYA DR. HAJI ABD LATIF BIN HAJI GAPOR

DISEDIAKAN OLEH:
NURUL ADILAH BINTI NOH                                          L20101005884
NOOR AZIMAH BINTI MAHYUDIN                              L20101006011
FATIMAH HUSNA ABU YAMIN                                     L20101006012
RAZEMAH BINTI KAMARUDDIN                                L20101006016

KERTAS CADANGAN
MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENGUASAI HURUF JAWI DENGAN MENGGUNAKAN KAEDAH ‘SALAM’

1.0  Tajuk Kajian
Penggunaan kaedah ‘SALAM’ (Sentuh Abjad Lantas Arif Membaca) dalam meningkatkan kemahiran menguasai huruf jawi dalam subjek Pendidikan Islam di kalangan murid Tahun 1 Sekolah Kebangsaan Permas Jaya 5, Johor Bahru.

2.0  Nama Pengkaji
a)      Nurul Adilah Binti Noh                       L20101005884
b)      Noor Azimah Binti Mahyudin            L20101006011
c)      Fatimah Husna Binti Abu Yamin       L20101006012
d)     Razemah Binti Kamaruddin               L20101006016

3.0  Latar Belakang Kajian
Mata pelajaran Pendidikan Islam  merupakan salah satu mata pelajaran teras yang wajib diambil oleh murid seawal darjah 1. Mata pelajaran ini diajar di sekolah bertujuan untuk melahirkan murid-murid yang celik jawi dan berakhlak mulia. Sukatan pelajaran Pendidikan Islam ini bukan sahaja menerapkan ilmu yang berkaitan dengan Al-Quran malah turut menekankan aspek-aspek yang berkaitan dengan nilai-nilai moral yang perlu ada sebagai seorang muslim. Oleh yang demikian, murid-murid akan dapat mengaplikasikan apa yang dipelajari dalam kehidupan seharian mereka.
Penguasaan huruf jawi dianggap sangat penting kepada setiap individu muslim. Ia dianggap penting kerana tanpa penguasaan terhadap huruf jawi maka seseorang individu tidak akan dapat menguasai bacaan Al-Quran. Oleh yang demikian, penguasaan bahasa jawi perlu diterapkan diperingkat awal umur seorang kanak-kanak. Dengan ini mereka akan dapat membaca Al-Quran dengan baik dari segi bacaan serta tajwidnya. Untuk mencapai matlamat ini, satu kaedah yang dikenali sebagai ‘SALAM’ telah diperkenalkan di mana ia telah dijadikan formula yang mudah bagi menguasai huruf jawi.
Kajian ini dijalankan di Sekolah Kebangsaan Permas Jaya 5 iaitu sebuah sekolah kebangsaan di kawasan perumahan yang terletak di bandar Permas Jaya. Kawasan perumahan ini terletak kira-kira 20 km dari bandar Johor Bahru, Johor. Kajian ini disasarkan kepada 23 orang murid Tahun 1 dalam sebuah kelas. Seramai 11 orang murid telah dipilih secara rawak dan dijadikan responden kajian di mana mereka terdiri daripada 5 orang murid lelaki dan 6 orang murid perempuan.

4.0  Penyataan Masalah

Mata pelajaran Pendidikan Islam sekolah rendah merupakan asas permulaan kepada pengetahuan murid tentang mata pelajaran Pendidikan Islam akan datang di peringkat sekolah menengah. Selain itu juga, asas dalam pembacaan Al-Quran memerlukan penguasaan murid terhadap huruf-huruf jawi.

Satu temu bual telah dijalankan di antara pengkaji dengan Cikgu Abdul Halil Bin Omar, seorang guru Pendidikan Islam di Sekolah Kebangsaan Permas Jaya 5, Johor Bahru di mana beliau telah menceritakan serba sedikit berkenaan dengan masalah yang dihadapi oleh murid-murid dalam kelasnya. Beliau mendapati bahawa murid dalam kelasnya tidak dapat menguasai huruf jawi dengan baik. Ini berikutan pemerhatian yang dijalankan oleh guru terbabit dalam sesi pengajaran dan pembelajaran di kelasnya. Beliau turut mempunyai tujuh tahun pengalaman mengajar murid tahun 1.
Permasalahan ini dikenal pasti apabila guru meminta murid menyebut huruf jawi dengan pendekatan nyanyian, murid dapat menyebut huruf jawi dengan jelas dan tepat. Tetapi apabila guru meminta murid menyebut huruf jawi secara individu iaitu tanpa nyanyian, murid menghadapi masalah untuk menyebut huruf jawi malah teragak-agak sebutannya. Ini bermaksud kaedah nyanyian bagi sebutan jawi tidak berjaya meningkatkan kemahiran murid menguasai huruf jawi dengan tepat walaupun kaedah ini menyeronokkan murid.



5.0  Objektif Kajian

5.1  Meningkatkan kemahiran menguasai huruf jawi dengan baik.
5.2  Murid dapat mengingat dan mengenal huruf dengan mudah dan bukannya menghafal.
5.3  Murid dapat membina kemahiran membaca dengan menggunakan kaedah “SALAM”.
5.4  Guru dapat mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran dalam bentuk permainan.

6.0  Metodologi Kajian

6.1  Reka Bentuk Kajian
Kajian ini akan dilaksanakan mengikut Model Stringer (2004)

Langkah 1: Merekabentuk (Mengenalpasti Masalah)

§  Masalah dapat dikenal pasti melalui pemerhatian yang dijalankan oleh Cikgu Halil semasa sesi pengajaran dan pembelajaran beliau dalam kelas di mana Cikgu Halil telah meminta murid dalam kelas tersebut menyebut huruf-huruf jawi secara individu. Melalui kaedah ini, Cikgu Halil dapat mengesan dan mengenal pasti murid yang menguasai dan tidak menguasai huruf jawi.  

Langkah 2: Mengumpul Data

                                                        i.            Dalam kajian ini, terdapat dua kaedah yang digunakan untuk mengumpul data antaranya melalui pemerhatian dan ujian pra. Melalui pemerhatian yang dijalankan, guru tersebut memberitahu bahawa masalah timbul apabila beliau meminta muridnya menyebut huruf jawi secara individu.
                                                      ii.            Setelah mengenal pasti masalah, satu ujian pra telah dijalankan ke atas murid-murid tersebut bagi mendapatkan jumlah murid yang berjaya menguasai dan tidak menguasai huruf jawi. Ujian Pra mengandungi 4 bahagian soalan. Murid akan menyebut dan membaca mengikut arahan guru. Guru akan menanda di dalam borang yang disediakan. (Sila rujuk Lampiran 1)

Langkah 3: Menganalisis Data

§  Data yang diperolehi melalui ujian pra yang dilakukan adalah seperti berikut:-
o   Menyebut huruf secara individu
Tahap Menguasai
Bil. Murid
Peratus (%)
Menguasai
4
36
Tidak menguasai
7
54

o   Bacaan secara tertib alif hingga ya
Tahap Menguasai
Bil. Murid
Peratus (%)
Menguasai
3
27
Tidak menguasai
8
63

o   Bacaan menurun ya hingga alif
Tahap Menguasai
Bil. Murid
Peratus (%)
Menguasai
2
18
Tidak menguasai
9
82

o   Bacaan secara rawak
Tahap Menguasai
Bil. Murid
Peratus (%)
Menguasai
1
9
Tidak menguasai
10
91




Langkah 4: Menyampai Hasil

§  Analisis data menunjukkan majoriti murid tidak menguasai huruf jawi dengan baik. Mereka keliru antara huruf ‘Ha’ dengan ‘Kho’ dan ‘Qhof’ dengan ‘Kaf’. Selain itu, mereka juga hanya boleh menyebut huruf mengikut bacaan secara tertib iaitu ‘alif’ hingga ‘ya’ tetapi sebaliknya berlaku sekirannya mereka diminta menyebut huruf secara menurun iaitu daripada ‘ya’ ke ‘alif’ ataupun secara rawak. 

Langkah 5: Mengambil Tindakan

§  Beberapa aktiviti telah dicadangkan kepada guru tersebut untuk menangani masalah tersebut. Antara aktiviti tersebut adalah seperti berikut:-

Aktiviti 1: Kaedah menggunakan jari bermain kad blok huruf. Dalam aktiviti ini, murid akan menggunakan jari bermain blok huruf yang dibuat daripada mountin board. (Blok ini akan ditampal di dinding). Di sini, murid juga akan belajar mengikut bentuk huruf dengan kaedah yang betul.(Sila Rujuk Lampiran 2).
Aktiviti 2 : Menyebut huruf dengan menggunakan bongkah huruf. Aktiviti ini merupakan lanjutan daripada aktiviti pertama. Dalam aktiviti ini, murid akan menyebut dan menunjukkan huruf jawi satu persatu dengan menggunakan bongkah huruf tersebut. (Sila Rujuk Lampiran 3)
Aktiviti 3 : Menyebut huruf dengan menggunakan kaedah SALAM. Dalam aktiviti ini, murid akan menyebut huruf dengan menggunakan kaedah SALAM iaitu dengan menggunakan BUKU SALAM 1. Kaedah ini adalah seperti kaedah yang digunakan untuk belajar ‘IQRA’. Dalam aktiviti ini, guru akan meminta murid menyebut huruf berpandukan Buku SALAM 1 secara individu. Murid akan menyebut huruf seperti membaca Iqra’. Aktiviti ini perlu dilakukan setiap hari sehingga habis buku SALAM 1. Dengan aktiviti ini, murid akan dapat menguasai huruf jawi dengan baik. (Sila Rujuk Lampiran 4) 
6.2  Sasaran Kajian

Kajian ini melibatkan 11 orang murid Tahun 1 Sekolah Kebangsaan Permas Jaya 5 yang terdiri daripada 5 orang murid lelaki dan 6 orang murid perempuan dan seorang guru yang mengajar Pendidikan Islam Tahun 1.

6.3  Instrumen Kajian

a)      Mengumpul Data
Sebelum meneruskan langkah-langkah yang seterusnya, tinjauan terhadap masalah yang telah dikenal pasti akan dilakukan dengan tujuan untuk memahami dengan lebih mendalam berkenaan masalah tersebut. Dua kaedah telah digunakan untuk mengutip data:-
                                                    iii.            Temubual – Satu sesi temubual telah diadakan bersama dengan Cikgu Abdul Halil Bin Omar bagi mengenal pasti dan memahami dengan lebih mendalam mengenai masalah tersebut.
                                                    iv.            Ujian Pra – Setelah masalah dikenal pasti, satu ujian pra telah diberikan kepada kumpulan sasaran untuk melihat sejauh mana kefahaman dan tahap penguasaan mereka mengenai kemahiran yang dikaji. Ujian Pra tersebut mengandungi 4 bahagian soalan. Murid akan menyebut dan membaca mengikut arahan guru. Guru akan menanda di dalam borang yang disediakan. (Sila Rujuk Lampiran 1)

b)      Semasa Pelaksanaan Tindakan
Setelah analisis tinjauan dijalankan, guru akan mengumpulkan murid dalam kumpulan sasaran dan satu kaedah baru akan  diperkenalkan di mana ianya mengandungi tiga aktiviti:
·         Aktiviti 1 – Menggunakan jari bermain kad blok huruf
·         Aktiviti 2 – Menyebut huruf dengan menggunakan bongkah huruf
·         Aktiviti 3 – Menyebut huruf dengan menggunakan kaedah SALAM.
            (Sila Rujuk Lampiran 2,3 & 4)

c)      Selepas Pelaksanaan Tindakan
Ujian Pos akan diberikan kepada murid untuk melihat pencapaian murid selepas pelaksanaan tindakan di mana ujian tersebut mengandungi soalan yang sama seperti Ujian Pra. Perbandingan akan dibuat untuk mengetahui samada ketiga-tiga aktiviti yang dijalankan berkesan atau tidak ke atas tahap penguasaan murid dalam huruf jawi.

6.4  Metod Analisis
(a)    Temubual – Analisis untuk mengenalpasti dan memahami masalah murid
                    dalam pengguasaan huruf jawi.
(b)   Ujian Pra dan Ujian Pos – Analisis markah murid.


7.0  Kesignifikan Kajian

Dapatan kajian ini diharap dapat dikongsi bersama dengan guru-guru sekolah khususnya guru Pendidikan Islam. Dapatan kajian ini juga diharap dapat dijadikan sebagai bahan rujukan untuk guru-guru di seluruh Malaysia yang mempunyai masalah dalam proses pengajaran dan pembelajaran bagi mata pelajaran Pendidikan Islam.

8.0  Anggaran Perbelanjaan

Jenis Perbelanjaan
Jumlah
Perjalanan (Tg Malim – Johor Bahru)
- RM 40 x 4 orang
RM 160
Percetakan laporan
RM 8
Lain-lain belanja
RM 10
JUMLAH
RM 178

9.0  Jadual Pelaksanaan

Bil
Perkara
Tarikh
1
      Mesyuarat Jawatankuasa (Pengumpulan data awal)
23.08.10
2
Temuduga guru
08.09.10
3
Penulisan kertas cadangan
12.09.10
4
Mereka bentuk tindakan (Mengenal pasti masalah)
14.09.10
5
Mengumpul data
17.09.10
6
Menganalisis data
21.09.10
7
Menyampaikan hasil
25.09.10
8
Mengambil tindakan
27.09.10
9
Refleksi dan penilaian kajian
01.10.10
10
Penulisan laporan kajian
04.10.10
10
Pembentangan dapatan kajian (Pemurnian laporan)
      10.10.10


10.0          Rujukan

Othman Bin Lebar. (2009). Modul Kursus Kajian Tindakan Dalam Pendidikan. Tanjung Malim.